Saturday, 13 May 2017

Kecekapan Tenaga - Cara menggunakan tenaga dengan berhemah.


Image result for cara menggunakan tenaga dengan berhemah

Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran. Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang banyak digunakan di rumah. Oleh itu, sumber ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.



Kepentingan Menggunakan  Tenaga dengan Berhemah

1. Mengurangkan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
2. Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang bersih.
3. Dengan mengurangkan penggunaan tenaga, ia dapat membantu memanjangkan hayat sumber-sumber di bumi seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

   Image result for cara menggunakan tenaga dengan berhemah

Pencahayaan
- Gantikan mentol kepada jenis mentol yang jimat tenaga, yang ada tag “energy saving“. Ada yang lebih        murah dari harga mentol biasa.
- Sentiasa menggunakan cahaya semulajadi terutama pada waktu siang
- Apabila memasang lampu di bahagian dapur, pastikan ia menuju ke arah subjek seperti meja makan.


Penyaman Udara
- apabila ON penghawa dingin, pastikan tidak terdedah kepada pancaran matahari.
- pilih penyaman udara berkapasiti 1 hp.
- sentiasa lakukan maintenance sekurang-kurangnya 6 bulan sekali agar sentiasa efisien dan lancar.

Mesin Basuh
- tetapkan beban basuhan harian kepada 3 muatan penuh setiap minggu ( hanya basuh 3 kali seminggu).
- pastikan menggunakan air yang tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.

Peti Sejuk
- pastikan suhu dalaman peti sejuk berada pada paras -18 Celcius berbanding -21 Celcius
- beli peti sejuk yang mempunyai saiz dan kapasiti yang sesuai dengan isi rumah anda.
- elak meletakkan makanan panas dalam peti sejuk.

Related image
            - Barangan elektrik yang mempunyai label seperti di atas lebih menjimatkan tenaga.


No comments:

Post a Comment